Friday, 30 September 2011
Thursday, 29 September 2011
Pendidik perlu kuasai media baru
Oleh AZMI ABDUL MALEK
pendidikan@utusan.com.my
pendidikan@utusan.com.my
Pendidik masa kini perlu mempunyai pengetahuan tinggi termasuk menguasai media baru bagi memastikan mereka dapat melahirkan generasi muda yang berkualiti untuk mendepani cabaran globalisasi.
Menteri Besar Perak, Datuk Seri Dr. Zambry Abd. Kadir berkata, guru dan ibu bapa mesti berusaha melahirkan generasi baru yang kualitatif untuk mengisi ruang pembangunan dunia tanpa sempadan yang semakin pesat dengan meningkatkan nilai-nilai murni dan disiplin tinggi masing-masing.
"Dalam proses globalisasi setiap individu mesti mempunyai komitmen dan daya tahan yang tinggi supaya mereka mampu bersaing dalam pasaran kerjaya masa depan," katanya.
Teks ucapan beliau dibacakan oleh Setiausaha Politiknya, Datuk Ahmad Shalimin Ahmad Shafie ketika merasmikan Majlis Hari Anugerah Cemerlang dan meraikan persaraan Pengetua Sekolah Menengah Sains Raja Tun Azlan Shah (Seratas), Taiping, Perak, baru-baru ini.
Justeru, ujar Zambry, ibu bapa dan pelajar seharusnya mempunyai ciri-ciri kehidupan gemar menghormati orang lain dan sentiasa mengamalkan nilai-nilai murni bagi membentuk sahsiah dan disiplin di kalangan warga sekolah.
"Amalan ini akan membantu sekolah mewujudkan iklim pembelajaran yang kondusif selaras dengan usaha menjadikan sekolah sebagai sebuah institusi yang cemerlang, gemilang dan terbilang," jelasnya.
Beliau menambah, warga pendidik perlu meningkatkan pelbagai program kecemerlangan dalam merealisasikan modal insan cemerlang sebagai pewaris kepimpinan negara pada masa depan.
"Kejayaan pelajar adalah menjadi simbol kejayaan sistem persekolahan dan pendidikan hasil kerjasama antara pentadbir, guru, sokongan ibu bapa dan pelajar," katanya.
Hubungan erat pihak sekolah dengan ibu bapa juga, jelasnya, dapat merealisasikan hasrat sekolah untuk menjadi sebuah institusi yang cemerlang, modal insan yang mempunyai jati diri yang kukuh, berkeperibadian mulia, berpengetahuan, berkemahiran tinggi serta berdaya saing.
Sementara itu, Pengetua yang diraikan, Rahimah Mohd Sura, 58, memberitahu, dunia pendidikan masa kini semakin mencabar dan guru perlu tabah menghadapi cabaran untuk menyesuaikan diri dengan matlamat transformasi dalam pendidikan.
"Pelajar sekarang menguasai media baru yang akan memberi impak besar dalam proses pembangunan pendidikan yang semakin pesat di negara ini.
"Oleh sebab itu, pendidik mesti peka dengan perubahan pantas di sekeliling kita dan mampu berkhidmat dengan dedikasi untuk melahirkan pelajar cemerlang bertaraf dunia," kata guru lulusan Sarjana Pendidikan Universiti Malaya ini.
Posted by AW PEI TING at 19:57 0 comments
Tuesday, 27 September 2011
Monday, 26 September 2011
MAKRO DAN MIKRO
Pengajaran Mikro dan Makro
Untuk belajar cara mengajar, kita mesti melalui latihan pengajaran mikro dan makro. Pengajaran mikro merupakan satu teknik pengajaran yang mengambil masa antara lima hingga lima belas minit untuk mengajarkan sesuatu kemahiran. Tujuan pengajaran mikro ini adalah untuk membina kemahiran guru yang berkaitan dengan aktiviti pengajaran dan pembelajaran (p&p) di dalam bilik darjah.
Kemahiran yang perlu dikuasai dalam pengajaran mikro ialah pemudahcaraan, penyampaian permulaan pengajaran (set induksi), penggunaan papan tulis, variasi rangsangan, kemahiran menyoal, memberi penerangan menggunakan ilustrasi, penggunaan sumber p&p, pelaksanaan penutup dan aktiviti pengukuhan.
Setelah menguasai kemahiran mikro, pengajaran boleh disepadukan dalam pengajaran makro. Pengajaran makro lebih mirip kepada aktiviti simulasi pengajaran yang sebenar iaitu melihat keseluruhan proses p&p yang berlaku secara kontekstual.
Penyelidikan tindakan perlu diketahui untuk mencari penyelesaian terhadap sesuatu gejala yang timbul di dalam bilik darjah atau di sekolah. Penyelidikan yang memberikan tumpuan kepada penyelesaian situasi semasa yang dihadapi, dapat memberikan penyelesaian cepat terhadap sesuatu yang boleh menghalang kelancaran proses pengajaran dan pembelajaran di dalam bilik darjah.

Pengajaran Mikro
Mikro bermaksud kecil atau halus. Pengajaran mikro bermaksud pengajaran yang memberikan fokus atau tumpuan kepada bahagian-bahagian kecil tertentu yang apabila digabungkan kesemuanya, akan menjadi satu pengajaran yang lengkap.
Jika kita hendak melihat apa-apa yang perlu ada pada bahagian permulaan pengajaran (set induksi) maka kemahiran-kemahiran yang perlu ada di dalamnya hendaklah disimulasikan. Segala aktiviti akan diteliti untuk melihat sama ada set induksi itu memenuhi konsepnya atau tidak.
a) Kemahiran Mikro
Cuba teliti sekali lagi jadual di halaman yang terdahulu. Baca dan fahami kemahiran yang terlibat dan yang perlu dikuasai dalam pengajaran mikro.
• Set Induksi
• Penyoalan
• Variasi Rangsangan
• Penggunaan Papan Tulis
• Pengelolaan Bilik Darjah
• Penerangan
• Penutupan dan membuat kesimpulan
i. Kemahiran Set Induksi
- Aktiviti yang dikendalikan oleh guru pada awal pengajaran supaya murid-murid bersedia dari segi mental dan fizikal untuk mengikuti pelajaran. Aktiviti hendaklah menyeronokkan agar murid-murid dapat bersedia dari segi rohani dan jasmani. Set induksi sepatutnya merangsang minat murid untuk mengikuti pelajaran, tidak melebihi 5 minit, melibatkan ketiga-tiga domain; kognitif, afektif dan psikomotor dan berkesan.
-Cara yang boleh digunakan ialah penggunaan alat bantu mengajar, motivasi, teknik menyoal,mengulangkaji topik yang berkaitan, bercerita, lakonan, menggunakan bahan rangsangan dan lain-lain.
ii. Kemahiran Menggunakan Contoh
- Guru boleh menggunakan contoh-contoh yang berkaitan dengan topik yang diajar, benda maujud, alam sekeliling, pengalaman sedia pelajar, peristiwa atau kejadian.

iii. Kemahiran Penyoalan
- Penyoalan merupakan aktiviti interaktif antara guru dengan murid bertujuan untuk memantau pemahaman murid terhadap pengajaran guru. Di samping itu, penyoalan juga dapat menguji aras pencapaian murid-murid untuk sepanjang sesi p&p.
- Penyoalan yang baik tidak berupaya memotivasikan murid-murid ke arah tingkah laku pembelajaran yang positif. Penyoalan yang baik seharusnya bermula daripada mudah kepada yang sukar, konkrit kepada abstrak, merangkumi semua aras penyoalan, tebaran penyoalan yang menyeluruh dan menggunakan bahasa yang tepat dan mudah difahami.
iv. Penggunaan Papan Tulis
- Papan tulis merupakan alat yang digunakan oleh guru untuk menulis penerangan atau maklumat lain. Penggunaan papan tulis seharusnya terancang dan berstruktur serta menggunakan tulisan yang jelas dan mudah dibaca.
1. pembahagian ruang kepada dua atau tiga bahagian
2. teknik penulisan dan penggunaan ruang
3. dapat dilihat seluruh kelas
- Bahan pengajaran diatur sekitar tajuk/idea penting
- Penonjolan penggunaan warna sesuai dan menarik,perbandingan yang merangsangkan Teknik persembahan
-Pembentukan konsep melalui carta, peta minda, gambarajah dapat memudahkan idea.
- Melibatkan murid dalam penggunaan papan tulis.

v. Kemahiran Variasi Rangsangan
- Variasi rangsangan membawa maksud kepelbagaian gaya atau tingkah laku bagi menggerakkan murid-murid ke arah tingkah laku pembelajaran yang hendak dicapai.

vi. Kemahiran Menggunakan Bahan Bantu Mengajar
- Bahan Bantu Mengajar(BBM) merupakan peralatan atau bahan yang menjadi sumber kepada guru untuk mengajar. BBM terbahagi kepada 3 kategori, iaitu:-
i. media elektronik seperti komputer, filem, filem jalur,slaid, projektor, pita rakaman, radio dan video.
ii. bahan cetak: buku, gambar, brosur, carta, model, surat khabar dan papan tulis
iii. bahan bercorak pengalaman: lakonan, pentomin, lawatan, projek pameran dan bahan-bahan dari alam sekitar.
- Jenis-jenis BBM seperti:-
i. Alat-alat Pendengaran
a. Bahan-bahan rakaman
b. radio
ii. Alat-alat Pandangan
a. Buku teks
b. Akhbar
c. majalah
d. benda-benda konkrit(maujud)
e. model
f. patung dan diorama
g. gambar
h. papan tulis
i. rajah dan graf
j. Alat multimedia
vii. Kemahiran Bercerita
- 1. Teknik ini bukanlah suatu teknik yang baru malahan pernah dilakukan oleh ibu bapa sewaktu menyampaikan suatu pengajaran kepada anak-anak. Teknik ini dapat menarik minat anak-anak.
- 2. Keadaan yang sama boleh dilakukan semasa guru-guru menyampaikan pengajaran kepada murid-murid. Murid akan lebih cepat menumpukan perhatian dan akan menjadikan pengajaran dan pembelajaran berlaku dalam keadaan yang menyeronokkan.
- 3. Murid-murid khususnya di sekolah rendah amat menggemari cerita. Walaupun mereka masih kecil tetapi apa yang diceritakan kepada mereka akan segera difahami dan kadangkala dapat pula sekali gus memahami maksud cerita itu. Oleh hal yang demikian, jika murid-murid tadi diberi peluang belajar dalam suasana yang menyeronokkan, pasti proses pengajaran pembelajaran akan lebih berkesan.
- 4. Walaupun begitu, terdapat perbezaan antara teknik bercerita dengan pengajaran cerita.

- 5. langkah yang perlu diambil oleh guru dalam persediaan teknik cerita, iaitu:-
i. Pilih cerita yang sesuai dengan umur, kecerdasan dan minat murid. Kemudian sesuaikan pula dengan isi pengajaran yang hendak disampaikan.
ii. Kaji cerita itu dan cuba masukkan aspek-aspek bahasa yang hendak disampaikan itu ke dalam cerita tersebut.
iii. Hafaz frasa-frasa atau ayat-ayat yang penting atau lain-lain aspek bahasa yang hendak disampaikan.
iv. Latih bercerita seolah-olah guru berada di hadapan murid-murid sekurang-kurangnya sekali sebelum menggunakan teknik ini.
v. Guru bercerita dalam keadaan yang selesa dan berikan penekanan kepada aspek-aspek bahasa yang hendak diajarkan.
vi. Guru boleh menggunakan gambar, objek sebenar atau lain-lain alat bantu.
vii. Sediakan kad-kad perkataan, frasa-frasa atau ayat-ayat dan lain-lain yang berkaitan dengan aspek bahasa yang hendak disampaikan untuk pengajaran dan penerangan selanjutnya.

viii. kemahiran tunjuk cara
- 1. Juga dikenali sebagai teknik demontrasi. Melibatkan satu cara pengajaran yang membawa dan memusatkan perhatian murid kepada langkah-langkah, prosedur atau peraturan-peraturan bagi menghasilkan sesuatu.
- 2. Dalam pengajaran dan pembelajaran, teknik ini bolah digunakan terutama dalam proses pengajaran yang memerlukan murid-murid bertutur dengan menggunakan ayat-ayat yang betul dan sempurna.
- 3. Walaupun demontrasi boleh dilakukan tanpa bahasa tetapi untuk pengajaran dan pembelajaran bahasa, murid-murid boleh diminta menerangkan cara-cara hendak melakukannya melalui bahasa. Maksudnya, disamping menunjukkan cara, murid-murid diminta menerangkannya melalui bahasa.
- 4. Banyak aktiviti bahasa yang boleh dilakukan melalui teknik ini dalam aktiviti lisan misalnya, guru boleh meminta murid menunjukkan cara menjahit baju, membuat kuih, menunggang basikal, bermain bola dan sebagainya.
- 5. Untuk mendapatkan satu pengajaran dan pembelajaran yang berkesan.
- ciri-ciri penting teknik ini perlu diberi perhatian:-
i. Tentukan objektif dan isi atau kandungan tunjuk cara yang hendak digunakan. Pastikan aktiviti bahasa tidak akan terganggu. Sebaik-baiknhya guru perlu mempunyai maklumat mengenai pengetahuan dan kebolehan murid-murid yang sedia ada. Sediakan soalan-soalan untuk menggalakkan mereka bercakap.
ii. Guru harus menerangkan maksud tunjuk cara tersebut dan perkara-perkara yang harus dicakapkan.
iii. Guru sepatutnya mencuba dahulu tunjuk cara tersebut. Ini penting kerana guru boleh membuat persediaan, memperuntukkan masa dan kemungkinana juga dapat meramalkan masalah-masalah yang akan timbul.
iv. Guru perlulah memikirkan supaya tunjuk cara yang akan dijalankan itu dapat dilihat dan diikuti oleh semua murid.
v. Tunjuk cara tersebut boleh dilakukan oleh guru dan murid-murid lain sendiri. Sewaktu tunjuk cara ini dijalankan, murid-murid lain memerhati dengan teliti. Mereka boleh menyoal jika perlu. Selepas tunjuk cara itu selesai, murid lain boleh diminta melakukannya sekali lagi. Kemudian perbincangan boleh dilakukan sebagai aktiviti susulan.
Pengelolaan Bilik Darjah
- Pengelolaan bilik darjah merujuk cara guru mengendalikan murid dan bahan dalam melaksanakan pengajaran dan pembelajaran di dalam bilik darjah. Aktiviti p&p boleh dikelolaan secara kelas, berpasangan, berkumpulan dan individu.
v. Penerangan
- Penerangan merujuk usaha guru dalam menjelaskan dan menghuraikan sesuatu tajuk dalam sesuatu proses p&p. Penerangan seharusnya menggunakan bahasa yang jelas dan mudah difahami serta berbantukan bahan bantu mengajar yang sesuai.
Fungsi penerangan menyampaikan maklumat, peingkat perkembangan dan memperjelas konsep.

-Komponen menerang;
i. Arah Permulaan: tarik dan kekalkan perhatian, sesuai dengan isi pelajaran, bangkitkan kesediaan.
ii. Ilustrasi: contoh/sumber mencukupi sesuai, jelas dan menarik.
Kecekapanmengurus contoh/sumber.
iii. Penyusunan idea ; dikembangkan secara teratur, variasi rangsangan digunakan,
penerangan lisan jelas dan tepat.
vi. Kemahiran Pengukuhan
- Prinsip: diubah-ubah, diberi sebaik saja bertingkahlaku, elak sindir atau kutuk, sesuai dengan usia, jantina dan status sosial, secara ikhlas dan jujur.
- Objektif: beri galakan kepada murid, kukuhkan konsep dan isi, tingkahlaku positif dan berterusan, yakin dan berdisiplin.
- Fungsi: Lihat prestasi dalam aktiviti PNP, tingkahlaku responden, tingkahlaku operan, secara lisan, gerak isyarat, dampingan dan sentuhan.
Lisan positif:
- ya atau ha
-Sebutan baik, bagus dan lain-lain
-Mengulang jawapan murid
-Mengembangkan jawapan murid
Gerak isyarat:
-senyuman

-anggukan kepala
-melihat dan memandang
-tepuk tangan
-tulis jawapan murid di papan hitam
-mengangkat ibu jari.
Sentuhan:
- kepala, bahu atau bahagian belakang.
- kepala, bahu atau bahagian belakang.
Lisan negatif:
- geleng-geleng kepala
- geleng-geleng kepala
-bahu atau bahagian belakang
-Gerak isyarat negatif:- bukan, salah atau tidak.
-Kurang lengkap, jawapan buruk, sindir
Gerak isyarat negatif: -
-geleng kepala

-muka marah
-gorang tangan
- membeliak mata
-Kesan:- semangat ingin belajar, murid lebih positif, disiplin kelas terkawal,yakin kerana dihargai.
Xii Penutup dan Kesimpulan
- Penutup dan kesimpulan merujuk cara guru mengakhiri satu sesi p&p. Aspek ini penting kerana murid-murid perlu disedarkan tentang perkara yang telah dipelajari oleh mereka.
- Guru perlu membuat kesimpulan atau rumusan untuk memberikan gambaran kepada murid-murid tentang isi utama yang perlu dikuasai oleh mereka. Guru boleh mengakhiri sesi pengajaran sama ada secara kognitif atau sosial.
- Kepentingan:-
1. menarik perhatian terhadap apa yang baru dipelajari supaya mereka dapat memberi gambaran yang lebih jelas dan menyeluruh.
2. mengukuhkan konsep atau kemahiran yang baru dipelajari dengan merumuskan fakta-fakta penting atau memeberikan kerja bertulis
3. mewujudkan perasaan pencapaian dan kejayaan dalam kalangan murid dengan menggunakan teknik peneguhan.
4. menggunakan aktiviti penilaian untuk menilai pencapaian objektif pelajaran serta aktiviti PNP untuk membuat pengubahsuaian serta membaiki pelajarannya pada masa depan.
5. Aktiviti susulan dapat diadakan suapaya murid dapat memberi peluang mengaplikasi konsep dan kemahiran yang mereka pelajari.

Posted by AW PEI TING at 20:06 1 comments
Subscribe to:
Posts (Atom)