BLOGGER TEMPLATES - TWITTER BACKGROUNDS

Wednesday 26 October 2011

Let's Sings - old mcDonald had a farm

Let's Sings - ten little indian boys

Let's Sings - row row row your boat

Let's Sings - london bridge is falling down

Let's Sings - mary had a little lamb

Let's Sings - are you sleeping

Let's Sings - ba ba black sheep

Let's Sings - auld lang syne

Let's Sings - Twinkle Twinkle Little Star

Tuesday 25 October 2011

Mari Menyanyi - Burung Kakak Tua

Mari menyanyi - Rasa Sayang eh rasa sayang

Mari Menyanyi - Jong-Jong Inai

Mari menyanyi - Chan Mali Chan

Mari menyanyi - Bangau Oh Bangau

Mari menyanyi - Dayung Sampan

Mari menyanyi - Demi Bangsa Dan Negara

Mari menyanyi - Lanang Si Paku Lanang

Mari Mengenal Tubuh Badan Manusia

Mari Mengenal Warna

Mari Mengenal Bentuk

Thursday 20 October 2011

pengajaran makro n mikro dalam p&p

Wednesday 19 October 2011

Lagu Vokal - a e i o u

Tuesday 18 October 2011

Lagu Nama Binatang Dan Bunyi Binatang

Bunyi Haiwan

Haiwan Darat

Haiwan Laut

Haiwan Udara

Tuesday 4 October 2011

Tatabahasa : Kata Ganti Nama Diri

- Kata Ganti Nama  ialah perkataan yang digunakan untuk menggantikan nama seseorang.  
- Kata Ganti Nama Diri terbahagi kepada 3 jenis :  -


 1. Kata Ganti Nama Diri Pertama:- digunakan untuk orang yang sedang bercakap.  
    Contoh:  saya, aku( 我 ), beta( 朕 ), patik, hamba( 臣/奴才 ), kita, kami. 
          #  beta - digunakan oleh sultan atau raja apabila bertitah kepada rakyat.  
          #  patik/hamba – digunakan oleh rakyat untuk merujuk kepada diri sendiri apabila bercakap 
                                    dengan sultan atau raja. 
          # kami – termasuk orang yang bercakap tetapi tidak termasuk orang yang ditujukan 
                       percakapan itu. 
         # kita – termasuk orang yang bercakap dan orang yang dituju percakapan itu. 


 2. Kata Ganti Nama Diri Kedua:- digunakan untuk  orang yang sedang dilawan  bercakap. 
    Contoh: kamu, awak, engkau, anda, saudara, saudari, tuan, puan, encik, cik, tuanku ( 陛下,殿下 )
       # tuanku – digunakan untuk merujuk kepada sultan atau raja yang sedang dituju percakapan.  


 3. Kata Ganti Nama Diri Ketiga:- digunakan untuk  orang yang sedang  cakapkan halnya. 
      Contoh: dia, beliau, mereka, baginda, ia(binatang atau benda bukan hidup), nya. 
       # baginda – digunakan untuk merujuk kepada raja atau sultan yang diperkatakan. 
       # beliau – digunakan untuk diri orang ketiga yang dihormati
_____________________________________________

Latihan: Isikan tempat kosong dengan Kata Ganti Nama Diri yang sesuai.  


1.  Mei Ling ialah seorang budak yang cerdik. ____________ mendapat markah yang tertinggi dalam ujian  kali ini.  


2.  Fatimah dan Liza belajar di Tahun Tiga G. __________________ berkawan baik sejak kecil lagi.  


3.  “ Rani, Cikgu Azimah menyuruh ____________ pergi ke dewan pada pukul 9.00 pagi nanti”kata Ali. 


4.  “ __________________ bermain bola sepak di padang tadi,” kata John dan Yusuf
kepada Cikgu Lim. 

5.  “Mengapakah __________________ tidak hantar buku latihan ?”tanya cikgu kepada Hafiz.
  
6.  “ _____________ berasa bangga melihat kejayaan yang dicapai oleh negara ini ,”titah raja itu. 

7.  Dato’ Doktor Zukliffi akan melawat kampong itu. __________akan sampai pada pukul 9.00 pagi.  


8.  “ _____________ berasal dari mana ?”tanya abang kepada budak yang baru pindah ke kampung ini.  


9.  “___________semua mesti selalu menjaga kebersihan sekolah ini,” kata Pengetua kepada murid-murid. 

10. Sultan Sulaiman ialah seorang raja yang adil dan bijaksana. _________________ dihormati dan  disanjungi oleh semua rakyat.  


11. Aidil dan Adnan ialah adik-beradik kembar. __________________ selalu bersama apabila pergi ke mana-mana sahaja.  


12. Abang baharu sahaja membeli sebuah kereta baru. _____________ berwarna merah. 
  
13. Kakak suka membaca buku cerita. _____________selalu meminjam buku cerita dari perpustakaan.  


14. Binatang kesayangan saya ialah seekor kucing. ___________ berbulu putih dan bernama Si Putih.  

Monday 3 October 2011

Tatabahasa : Kata Nama Khas

Kata  Nama Khas ialah perkataan yang menyatakan sesuatu benda, haiwan, tempat atau manusia secara khusus.

Huruf awal bagi Kata Nama Khas ditulis dengan huruf besar.

1. Kata Nama Khas  yang menyatakan benda : Toyota, Honda, Canon, Coca-cola, Bahasa Melayu dan Lain-lain.

2. Kata Nama Khas yang menyatakan haiwan : Si Hitam, Si Tompok, Si Belang dan lain-lain.

3. Kata Nama Khas yang menyatakan tempat : Pekan Muara, Bandar Seri Begawan, Malaysia, Singapura, Tasik Merimbun, Istana Nurul Iman , Sekolah Menengah Chung Hwa dan lain-lain.

4. Kata Nama Khas  yang menyatakan manusia : Mei Mei, Ali, Ahmad, Cikgu Lim, Pak Cik Yusuf, Awang Mohamad dan Lain-lain.


Latihan : Gariskan Kata Nama Khas dalam ayat-ayat berikut.

1.    Lily menyambut harijadinya di Restoran Sugarbun.
2.    Ali dan Mei Ling belajar di Sekolah Menengah Chung Hwa , Bandar Seri Begawan.
3.    Ai Ling yang belajar di Darjah 3B sedang mengelap tingkap .
4.    Kaki  Ali berdarah kerana terpijak kaca.
5.    Pada hari Isnin ini Hui Chu akan berkelah di Pantai Tungku bersama keluarganya.
6.    Setiap hari Awang Roslan pergi bekerja dengan memandu sebuah kereta Mitsubishi.
7.    Kim Chan berasal dari Kuala  Lumpur , Malaysia dan kini dia bekerja di Bandar Seri Begawan, Brunei.
8.    Dia menamakan kucing kesayangannya Si Putih kerana bulunya berwarna putih.
9.    Linda dan keluarganya tinggal di Jalan Tutong.
10. Abang Fatimah sedang belajar di Universiti Sains Malaysia.

Tatabahasa : Kata Nama Am

 Kata  Nama Am ialah perkataan yang menyatakan nama benda, haiwan, tempat atau manusia secara umum.

Kata Nama Am perlu ditulis dengan huruf kecil kecuali pada permulaan ayat.

1.                                    Kata Nama Am yang menyatakan nama benda : meja, pembaris, buku, kerusi, beg, kereta dan lain-lain.
2.                            Kata Nama Am yang menyatakan nama haiwan : arnab, kucing, anjing, burung, ikan, ayam dan lain-lain.
3.                            Kata Nama Am yang menyatakan nama tempat : taman, kelas, sekolah, tandas, rumah, hospital dan lain-lain.
4.                            Kata Nama Am yang menyatakan nama manusia : murid, budak, guru, ayah, kakak, kerani, nelayan, pengetua dan lain-lain.

Arahan : Gariskan Kata Nama Am dalam ayat-ayat  berikut :

1.    Semua buku disusun dengan kemas di dalam  almari.
2.    Murid-murid sedang  membersihkan lantai menggunakan penyapu.
3.    Ai Ling sedang mengelap tingkap .
4.    Kaki  Ali berdarah kerana terpijak kaca.
5.    Salim berasal dari kampung tetapi sekarang dia tinggal di bandar.
______________________________________________________________
           Mei Ling ialah seorang murid yang rajin dan pintar. Dia selalu memakai pakaian yang bersih. Dia juga memakai tali leher kerana dia seorang ketua kelas. Mei Mei kelihatan kemas ketika hendak pergi ke sekolah .Dia pergi ke sekolah dengan menaiki bas.
      Apabila tiba di sekolah, dia cepat-cepat meletakkan buku di atas meja dan begnya di kerusinya. Selepas itu, Mei Mei pun menolong rakan-rakannya membersihkan lantai. Mei Mei juga turut membantu mereka menyusun buku  di atas rak.