BLOGGER TEMPLATES - TWITTER BACKGROUNDS

Tuesday 4 October 2011

Tatabahasa : Kata Ganti Nama Diri

- Kata Ganti Nama  ialah perkataan yang digunakan untuk menggantikan nama seseorang.  
- Kata Ganti Nama Diri terbahagi kepada 3 jenis :  -


 1. Kata Ganti Nama Diri Pertama:- digunakan untuk orang yang sedang bercakap.  
    Contoh:  saya, aku( 我 ), beta( 朕 ), patik, hamba( 臣/奴才 ), kita, kami. 
          #  beta - digunakan oleh sultan atau raja apabila bertitah kepada rakyat.  
          #  patik/hamba – digunakan oleh rakyat untuk merujuk kepada diri sendiri apabila bercakap 
                                    dengan sultan atau raja. 
          # kami – termasuk orang yang bercakap tetapi tidak termasuk orang yang ditujukan 
                       percakapan itu. 
         # kita – termasuk orang yang bercakap dan orang yang dituju percakapan itu. 


 2. Kata Ganti Nama Diri Kedua:- digunakan untuk  orang yang sedang dilawan  bercakap. 
    Contoh: kamu, awak, engkau, anda, saudara, saudari, tuan, puan, encik, cik, tuanku ( 陛下,殿下 )
       # tuanku – digunakan untuk merujuk kepada sultan atau raja yang sedang dituju percakapan.  


 3. Kata Ganti Nama Diri Ketiga:- digunakan untuk  orang yang sedang  cakapkan halnya. 
      Contoh: dia, beliau, mereka, baginda, ia(binatang atau benda bukan hidup), nya. 
       # baginda – digunakan untuk merujuk kepada raja atau sultan yang diperkatakan. 
       # beliau – digunakan untuk diri orang ketiga yang dihormati
_____________________________________________

Latihan: Isikan tempat kosong dengan Kata Ganti Nama Diri yang sesuai.  


1.  Mei Ling ialah seorang budak yang cerdik. ____________ mendapat markah yang tertinggi dalam ujian  kali ini.  


2.  Fatimah dan Liza belajar di Tahun Tiga G. __________________ berkawan baik sejak kecil lagi.  


3.  “ Rani, Cikgu Azimah menyuruh ____________ pergi ke dewan pada pukul 9.00 pagi nanti”kata Ali. 


4.  “ __________________ bermain bola sepak di padang tadi,” kata John dan Yusuf
kepada Cikgu Lim. 

5.  “Mengapakah __________________ tidak hantar buku latihan ?”tanya cikgu kepada Hafiz.
  
6.  “ _____________ berasa bangga melihat kejayaan yang dicapai oleh negara ini ,”titah raja itu. 

7.  Dato’ Doktor Zukliffi akan melawat kampong itu. __________akan sampai pada pukul 9.00 pagi.  


8.  “ _____________ berasal dari mana ?”tanya abang kepada budak yang baru pindah ke kampung ini.  


9.  “___________semua mesti selalu menjaga kebersihan sekolah ini,” kata Pengetua kepada murid-murid. 

10. Sultan Sulaiman ialah seorang raja yang adil dan bijaksana. _________________ dihormati dan  disanjungi oleh semua rakyat.  


11. Aidil dan Adnan ialah adik-beradik kembar. __________________ selalu bersama apabila pergi ke mana-mana sahaja.  


12. Abang baharu sahaja membeli sebuah kereta baru. _____________ berwarna merah. 
  
13. Kakak suka membaca buku cerita. _____________selalu meminjam buku cerita dari perpustakaan.  


14. Binatang kesayangan saya ialah seekor kucing. ___________ berbulu putih dan bernama Si Putih.  

0 comments: