BLOGGER TEMPLATES - TWITTER BACKGROUNDS

Monday 3 October 2011

Tatabahasa : Kata Nama Khas

Kata  Nama Khas ialah perkataan yang menyatakan sesuatu benda, haiwan, tempat atau manusia secara khusus.

Huruf awal bagi Kata Nama Khas ditulis dengan huruf besar.

1. Kata Nama Khas  yang menyatakan benda : Toyota, Honda, Canon, Coca-cola, Bahasa Melayu dan Lain-lain.

2. Kata Nama Khas yang menyatakan haiwan : Si Hitam, Si Tompok, Si Belang dan lain-lain.

3. Kata Nama Khas yang menyatakan tempat : Pekan Muara, Bandar Seri Begawan, Malaysia, Singapura, Tasik Merimbun, Istana Nurul Iman , Sekolah Menengah Chung Hwa dan lain-lain.

4. Kata Nama Khas  yang menyatakan manusia : Mei Mei, Ali, Ahmad, Cikgu Lim, Pak Cik Yusuf, Awang Mohamad dan Lain-lain.


Latihan : Gariskan Kata Nama Khas dalam ayat-ayat berikut.

1.    Lily menyambut harijadinya di Restoran Sugarbun.
2.    Ali dan Mei Ling belajar di Sekolah Menengah Chung Hwa , Bandar Seri Begawan.
3.    Ai Ling yang belajar di Darjah 3B sedang mengelap tingkap .
4.    Kaki  Ali berdarah kerana terpijak kaca.
5.    Pada hari Isnin ini Hui Chu akan berkelah di Pantai Tungku bersama keluarganya.
6.    Setiap hari Awang Roslan pergi bekerja dengan memandu sebuah kereta Mitsubishi.
7.    Kim Chan berasal dari Kuala  Lumpur , Malaysia dan kini dia bekerja di Bandar Seri Begawan, Brunei.
8.    Dia menamakan kucing kesayangannya Si Putih kerana bulunya berwarna putih.
9.    Linda dan keluarganya tinggal di Jalan Tutong.
10. Abang Fatimah sedang belajar di Universiti Sains Malaysia.

0 comments: